News and Blog

Perhimpunan Agong Pengakap Johor Peringkat Antarabangsa Kali ke-27

4
Happenings 2025

Perhimpunan Agong Pengakap Johor Peringkat Antarabangsa Kali ke-27

Perhimpunan Agong Pengakap Johor Peringkat Antarabangsa Kali ke-27
Seramai 19 orang ahli Pengakap Kumpulan 44 KYSM dari Unit Udara dan Pengakap Perdana telah mewakili Kontinjen Negeri Melaka ke Perhimpunan Agong Pengakap Johor Peringkat Antarabangsa Kali ke-27 yang berlangsung dari 13 hingga 17 September 2025 di Pantai Tanjung Leman, Mersing.
Penglibatan ahli Pengakap KYSM kali ini telah berjaya membantu Kontinjen Pengakap Negeri Melaka meraih kejayaan dalam beberapa acara yang dipertandingkan:
🏆 Pertandingan Anyaman Ketupat (Kategori Pengakap Remaja): Johan
🥉 Pertandingan Ikhtiar Hidup (Kategori Pengakap Muda): Tempat ke-3
🎭 Pertandingan Malam Kebudayaan: Tempat ke-4
Acara-acara yang dipertandingkan secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai kehidupan dalam kalangan ahli pengakap seperti pemeliharaan alam sekitar, STEM, kebudayaan, dan kemahiran ikhtiar hidup. Tahniah kepada semua peserta atas pencapaian yang membanggakan ini!