News and Blog

Majlis Anugerah Siswa Gemilang Hang Tuah Jaya 2025

DSC06886
Happenings 2025

Majlis Anugerah Siswa Gemilang Hang Tuah Jaya 2025

Majlis Anugerah Siswa Gemilang Hang Tuah Jaya 2025
World Youth Foundation, Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka dan Active Nation dengan kerjasama Kolej Yayasan Saad berbesar hati meraikan pencapaian cemerlang para graduan dan pelajar dari daerah Hang Tuah Jaya dalam satu majlis anugerah berprestij pada 6 September 2025.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, dan dimulakan dengan lafaz ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh pelajar tingkatan 4 Kolej Yayasan Saad, Shafi Elman Idraki Bin Shahilman, diikuti dengan ucapan penuh inspirasi oleh Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Pengerusi World Youth Foundation dan Presiden Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka.
Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan Orkestra KYS yang mengetengahkan bakat muzik pelajar KYS dengan penuh profesionalisme.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang cemerlang. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar di Melaka untuk terus komited dalam pelajaran dan kehidupan.
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, sempena sambutan ulang tahun ke-76.