News and Blog

Kem Pengukuhan Iman

DSC_0265
Happenings 2026

Kem Pengukuhan Iman

Pelajar-pelajar Tingkatan 1 KYSM hari ini berpeluang mendalami dan menghayati makna rukun iman yang pertama, iaitu Beriman kepada Allah. Melalui sesi taklimat yang dijalankan, mereka didedahkan dengan pengisian yang memberi pemahaman lebih mendalam tentang asas keimanan dalam kehidupan seharian.
Bagi mengukuhkan lagi kefahaman tersebut, para pelajar turut diberikan tugasan menghasilkan infografik berdasarkan ilmu dan pengajaran yang diperoleh sepanjang sesi. Program diteruskan dengan kuiz interaktif sebelum diakhiri dengan pengumuman para pemenang.
Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 1 atas semangat dan penglibatan yang ditunjukkan sepanjang program. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asas dalam membentuk peribadi yang beriman dan berakhlak mulia.