Malam Bintang Legenda
2025-07-16 14:11Malam Bintang Legenda
Malam Bintang Legenda |
Menyemarakkan Warisan Agung Tan Sri P. Ramlee
Sebuah malam penuh nostalgia, diserikan oleh persembahan pelajar-pelajar berbakat dan berdedikasi dari Kolej Yayasan Saad. Alunan nyanyian dan tarian yang menghidupkan kembali karya-karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bersama barisan seniman dan seniwati terkemuka, menyentuh hati setiap jiwa — tanpa mengira usia.
Moga warisan seni yang tidak ternilai ini terus subur dalam jiwa kita semua, agar tidak dilupakan dan terus menjadi inspirasi sepanjang zaman.







































































