News and Blog

Perkhemahan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin

1
Happenings 2025

Perkhemahan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin

Perkhemahan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin |
Seramai 10 calon Pengakap Raja dari Kolej Yayasan Saad telah menyertai Perkhemahan Ujian Sikap Pengakap Raja Peringkat Daerah Jasin yang berlangsung di SK Kesang Tua dari 13 hingga 15 Jun 2025.
Perkhemahan selama tiga hari ini bertujuan menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, di samping menilai kemahiran asas kepengakapan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pioneering, iaitu aktiviti membina struktur bangunan atau ‘gadget’ menggunakan kayu dan tali dengan teknik simpulan yang betul.
Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran simpulan, binaan dan asas kejuruteraan, malah turut memupuk semangat kerjasama, kesabaran serta pemikiran kritis dalam kalangan peserta.