Lawatan Rasmi Pengakap Daerah Jasin bersama KYSM ke MyAero Carnival
2025-05-06 11:49Lawatan Rasmi Pengakap Daerah Jasin bersama KYSM ke MyAero Carnival
Lawatan Rasmi Pengakap Daerah Jasin bersama Kolej Yayasan Saad Melaka ke MyAero Carnival 2025, UniKL MIAT, Sepang.
Pada 25 April 2025, seramai 34 orang pelajar Kolej Yayasan Saad (KYS) Melaka telah menyertai lawatan rasmi ke MyAero Carnival 2025 yang berlangsung di UniKL MIAT, Sepang.
Lawatan ini turut diiringi oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Tuan Mohamad Firdausz bin Hamzah, bersama beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Daerah (ADC) Jasin, serta pemimpin dan penolong pemimpin Pengakap dari KYS.
Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang untuk:
Lawatan ini bertujuan untuk membuka minda para peserta tentang peluang pendidikan, kerjaya dan teknologi dalam bidang aeroangkasa, di samping memperkukuhkan jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dan badan beruniform.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat! Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing.
#MyAeroCarnival2025#UniKLMIAT#KYS#PengakapMalaysia#PengakapMelaka#PengakapDaerahJasin#PengakapBerwawasan












