fbpx
TIGA peserta Kolej Yayasan Saad dari Melaka muncul juara NSC 2021 anjuran ASM yang diadakan secara maya hari ini. – Foto IHSAN ASM

Kolej Yayasan Saad juara Cabaran Sains Negara kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kolej Yayasan Saad di Ayer Keroh, Melaka muncul juara pusingan akhir Cabaran Sains Negara (NSC) 2021 Piala Perdana Menteri yang diadakan secara maya hari ini.

Pasukan itu berjaya meraih hadiah wang tunai RM6,000 bagi setiap peserta, komputer riba setiap seorang, sijil penghargaan dan trofi piala pusingan.

Mereka bertiga yang di anggotai Aariz Salimie Ilhan Salimee, Athena Siow dan Gaurakishor Puvanasvaran itu juga berpeluang mengikuti bengkel TheGreatLab Grand Design Challenge.

Program elit itu dianjurkan Pusat Penyelidikan Kolaboratif Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (Crest) berpangkalan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang dilancarkan pada 2012.

Ini kali ketiga kolej berkenaan memenangi NSC selepas julung kali pada 2013 dan kemudian 2017, malah ia menewaskan juara bertahan, SMJK Jit Sin, Pulau Pinang yang hanya sekadar meraih tempat ketiga.

Naib juara pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sam Tet, dari Perak manakala keempat diraih Sekolah Menengah Sri KDU, Selangor dan kelima pula MRSM Kota Putra, Terengganu.

Program tahunan nasional sejak 1983 yang dianjurkan Akademi Sains Malaysia (ASM) itu dirasmikan penutupannya oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Pertandingan kuiz berprestij itu menyaksikan pada tahun ini sebanyak 706 pasukan sekolah dari seluruh negara menyertainya dari peringkat saringan negeri yang bermula pada 16 Julai lalu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

BERITA BERKAITAN