Semarak Ihya’ Ramadan KYS 1446H/2025M
2025-03-27 12:41Semarak Ihya’ Ramadan KYS 1446H/2025M
PROGRAM IHYA’ RAMADAN 1446H/2025M KOLEJ YAYASAN SAAD 🌙✨
Seawal jam 7.30 pagi, perkarangan Dewan Makan KYS dipenuhi dengan semangat kebersamaan apabila para guru, kakitangan, dan pelajar bergotong-royong menyediakan bubur lambuk. Aktiviti ini bukan sahaja menghidupkan tradisi Ramadan, tetapi juga mengeratkan silaturahim dalam komuniti KYS.
Semoga amalan penuh keberkatan ini terus menyemai nilai kerjasama, kasih sayang, dan perpaduan yang berkekalan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini! 🤝💖






























