News and Blog

KYS Bangga! Zaidatul Raih Tempat Kelima di Pidato Piala Tuanku Kurshiah

6
Happenings 2025

KYS Bangga! Zaidatul Raih Tempat Kelima di Pidato Piala Tuanku Kurshiah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Zaidiatul Arisyah Binti Mohd Yazid kerana telah mengharumkan nama Kolej Yayasan Saad Melaka dalam pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah bertempat di Universiti Malaya pada 24 Mei 2025.
Dengan keupayaan berpidato yang mantap serta hujahan yang bernas, beliau berjaya menempatkan diri di kedudukan kelima daripada lapan peserta terbaik di Malaysia.
Satu pencapaian membanggakan kerana berjaya menjadi lima yang terbaik daripada 293 penyertaan dari seluruh negara! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus melangkah berani di pentas pengucapan awam.
Syabas dan teruskan kecemerlangan!