Iftar Perdana KYS
2025-04-11 15:23Iftar Perdana KYS
🌙✨ Iftar Perdana KYS: Tanda Penghargaan untuk Warga Kolej Yayasan Saad ✨🌙
Bersempena penghujung bulan Ramadan yang mulia dan menjelangnya cuti Hari Raya Aidilfitri, Kolej Yayasan Saad telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Iftar Perdana sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua guru serta kakitangan yang telah mencurahkan tenaga dan dedikasi dalam mendidik serta membimbing para pelajar.
Majlis ini bukan sahaja menjadi medan untuk menjalin ukhuwah dan silaturahim antara warga kolej, malah turut diserikan dengan suasana penuh kasih sayang, doa, dan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan.
Semoga keberkatan bulan Ramadan terus menyinari hati kita semua, dan majlis seperti ini dapat diteruskan sebagai wadah untuk menghargai jasa mereka yang menjadi tunjang kekuatan Kolej Yayasan Saad. ❤️🤲






































