News and Blog

Eksplorasi Budaya & Ilmu: Program Pertukaran Pelajar KYS ke Indonesia

1 (5)
Happenings 2025

Eksplorasi Budaya & Ilmu: Program Pertukaran Pelajar KYS ke Indonesia

Pada 20 hingga 23 Februari 2025, Kolej Yayasan Saad Melaka (KYS) telah berjaya melaksanakan Program Pertukaran Pelajar ke Sekolah Menengah Atas Negeri 68 (SMAN 68) Jakarta, Indonesia. Program ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar dalam memahami dan menghayati kepelbagaian budaya antara Malaysia dan Indonesia, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi pendidikan ini.

Melalui program ini, para pelajar berpeluang menimba ilmu pengetahuan, memperkayakan pengalaman serta menyemarakkan semangat kecemerlangan akademik dan sahsiah. Penglibatan dalam aktiviti pendidikan dan budaya sepanjang program ini diharapkan dapat melahirkan generasi yang lebih berwawasan serta berfikiran global.

Kolej Yayasan Saad Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Atas Negeri 68 Jakarta atas layanan yang luar biasa serta kerjasama erat sepanjang program ini berlangsung. Semoga jalinan ukhwah yang terjalin terus kukuh demi manfaat bersama dalam bidang pendidikan dan pembangunan pelajar.