News and Blog

Anugerah Guru Sekolah Swasta Berwibawa 2025: Tahniah Cikgu Faizal

11
Happenings 2025Home

Anugerah Guru Sekolah Swasta Berwibawa 2025: Tahniah Cikgu Faizal

Kolej Yayasan Saad merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Encik Mohd Faizal Bin Mahmod kerana telah terpilih untuk menerima Anugerah Guru Berwibawa (Guru Sekolah Swasta Berwibawa) bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 yang telah berlangsung di Sarawak.
Anugerah ini mengiktiraf sumbangan dan komitmen guru dalam semua aspek seperti kurikulum, ko-kurikulum dan hal ehwal murid selain penglibatan dalam program-program yang dianjurkan sekolah, komuniti dan kementerian.
Semoga anugerah ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat para guru untuk terus menabur bakti dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya!
“Guru Pemacu, Reformasi Pendidikan”