“Around The World : Girl Guides Edition Online Event” (6 August 2021)

Aktiviti menghasilkan poster ‘Cintailah Sungai Kita’ (5 Ogos 2021)
Clubs & Societies Google Meet (12 August 2021)

“Around The World : Girl Guides Edition Online Event” (6 August 2021)

Pada 6 Ogos 2021, seramai 8 orang pelajar Kolej Yayasan Saad Melaka yang mewakili Majlis Pandu Puteri Renjer Melaka telah mengadakan program “Around The World : Girl Guides Edition Online Event”. Program ini dihoskan oleh Athena Siow dan Nur Aufiyah.

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Arissa Hani selaku Pengerusi Pandu Puteri Renjer Malaysia lalu diteruskan dengan sesi perkongsian daripada Nur Aishah Abdullah iaitu Ketua Wanita Kolej Yayasan Saad pada tahun 2014. Beliau berkongsi tentang dirinya dan pengalaman hidupnya sehingga berjaya.

Kami juga mengadakan pertandingan dan permainan kecil seperti kuiz, “Scavenger Hunt” dan “Word Unscrambler”. Secara total, program ini telah memberi pengalaman baharu kepada Pandu Puteri Renjer Tingkatan 4 dalam mengadakan projek-projek baharu dan memberikan suntikan semangat kepada pelajar lain untuk mengadakan projek seperti ini pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat seperti :

1. Puan Suryati

2. Nur Aufiyah

3. Athena Siow

4. Arissa Hani

5. Zulaikha Hanny Areesa

6. Farisya Sofiya

7. Marcella Ayesha

8. Sarah Zulfikar

9. Arifa Iman

Tahniah dalam menjayakan program ini.

Powered by themekiller.com