Dengan segala hormatnya dimaklumkan, atas nasihat pihak Lembaga Pengelola Sekolah berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan mengekang penularan COVID-19, Pengurusan KYS telah memutuskan ketetapan-ketetapan berikut:

Hi Tea & Information Sharing Session with KYS
KAPTENTALK 2.0 Student Edition

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, atas nasihat pihak Lembaga Pengelola Sekolah berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan mengekang penularan COVID-19, Pengurusan KYS telah memutuskan ketetapan-ketetapan berikut:

1. Jika hari akhir Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac 2020, semua pelajar akan pulang ke Kolej pada 7 April 2020 antara jam 9 pagi dan 6 petang. 2. Jika hari akhir Perintah Kawalan Pergerakan ditetapkan pada satu tarikh selepas 31 Mac 2020, 2.1 Pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 akan pulang pada hari berikutnya antara jam 9 pagi dan 6 petang. 2.2 Pelajar-pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 akan pulang seminggu selepas tarikh akhir Perintah Kawalan Pergerakan antara jam 9 pagi dan 6 petang. 3. Semua pelajar dikehendaki memberi maklumat kesihatan diri melalui http://kysm.edu.my/mco sebelum pulang ke Kolej. 4. Sekiranya pelajar pada hari pulang ke Kolej ada rasa kurang sihat hendaklah memaklumkan kepada pihak Kolej serta-merta. Pihak KYS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga atas segala kerjasama yang diberi. Sekian. Terima kasih.

Powered by themekiller.com