WSC Melaka Round (15-16 April 2019)

KYS-Congratulations-Vencera - Class of 2018 Students - on your commendale SPM results (New Straits Times-16 Match 2019 - p57)
KYS: Congratulations; Vencera
March 16, 2019

WSC Melaka Round (15-16 April 2019)

wsc

PENGARAH Urusan WSC, Jeremy Chumley (kanan) bertemu Pengetua KYSM, Tan Cheh Li pada Program 2019 ‘World Scholar’s Cup Regional Round’ di Durian Tunggal. – NSTP/Muhammad Zuhairi Zuber

KYSM terpilih tuan rumah WSC Melaka Round 2019

ISNIN, 15 APRIL 2019 – 3:52PM

Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

fhatihah@nstp.com.my

ALOR GAJAH: Seramai 144 pelajar Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM), Durian Tunggal, di sini, berpeluang menimba pengalaman mengikuti pertandingan World Scholar’s Cup (WSC) Melaka Round 2019, yang berlangsung di kolej terbabit, di sini.

Pengetua KYSM, Tan Cheh Li, berkata program itu membolehkan pelajar mengembangkan potensi kemahiran dan keyakinan intelek mereka seterusnya meningkatkan standard kolej sebagai sekolah menengah berasrama swasta berkaliber.

“Pelajar beroleh pengalaman dan pembelajaran intensif melalui pendedahan aktiviti antarabangsa sebagaimana program ini. Malah, bahan yang disediakan berkualiti tinggi dan berkaitan isu semasa melangkau bahan sedia ada di dalam kelas.

“Mereka dapat mencabar kebolehan diri bagi mencapai standard yang diperlukan, selain mengenal pasti tahap kemampuan dan kemahiran jati diri sebagai bekalan masa depan,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan, di sini, hari ini.

KYSM kali ini terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran program selama dua hari bertemakan ‘A World On The Margins’ (Dunia di Landasan Betul) membabitkan 300 pelajar sekolah menengah dari Kuala Lumpur, wilayah selatan dan Singapura.

Katanya, KYSM sudah menyertai WSC sejak 2009 dan pihaknya mahu memanfaatkannya sebaik mungkin dengan menimba aktiviti pelajaran dan pendedahan bertaraf antarabangsa itu.

“Kebanyakan warga kolej mahukan program ini diadakan di sini disebabkan penjimatan kos dari segi penginapan dan makanan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan WSC, Jeremy Chumley berkata peserta yang berjaya melepasi pertandingan itu bakal melayakkan diri ke peringkat Global di Kejohanan Kejuaraan ‘Tournament of Champion’ di Universiti Yale di Amerika Syarikat, akan datang.

“Tahun ini, terdapat enam peringkat Global diadakan di beberapa ibu negara seperti di Beijing, Sydney dan Amsterdam. Mereka yang layak pula akan ke Yale.

“Tema juga berlainan setiap tahun bergantung isu semasa yang relevan dan berdasarkan enam subjek berlainan antaranya menulis karangan, debat individu, debat berkumpulan, Scholar’s Bowl dan Scholar’s Challenge,” katanya.

 

Powered by themekiller.com