JOB VACANCY


( No. Pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta : JPM/SW.129)

(No. Pendaftaran Syarikat : A254076)

 

KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

KOLEJ YAYASAN SAAD, MELAKA (KYSM) merupakan sebuah Sekolah Menengah Berasrama Penuh yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Kolej ini dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan moden, guru-guru dan kakitangan yang berpengalaman serta berdedikasi. KYSM menawarkan pendidikan yang berkualiti, cemerlang dan menyeluruh.

Sekiranya anda memiliki kebolehan, berpengalaman  dan keinginan untuk bersama-sama berkongsi impian membangunkan ‘ Pusat Kecemerlangan’ ini, kami mengalu-alukan permohonan anda untuk jawatan berikut:-

1. PENGURUS HAL EHWAL PELAJAR

Pemohon mestilah mempunyai Ijazah dan Diploma Pendidikan. Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana dan mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan dan pengurusan digalakkan memohon.

Pemohon mestilah fasih berbahasa Inggeris dan mempunyai keupayaan mengurus segala sumber secara efisyen.

Tanggungjawab Pengurus Hal Ehwal Pelajar:

  • Mengurus, mengawas dan menyelaras semua aktiviti pelajar.
  • Mengawas dan menyelaras program kaunseling pelajar.
  • Merancang, membangunkan dan menguruskan aktiviti sukan serta rekreasi pelajar di dalam dan di luar Kolej.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan program kesihatan pelajar.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras kalendar tahunan dan aktiviti Kolej.
  • Mengurus Sistem House Master dan Sistem Warden.
  • Mengurus dan bertanggungjawab dalam semua perkara yang berkaitan dengan disiplin pelajar.
  • Mengurus dan menyelaras semua perkara yang berkaitan dengan biasiswa pelajar dan peluang melanjutkan pelajaran serta karier pelajar pada masa hadapan.

2. HOUSE MASTER / HOUSE MISTRESS

Peranan atau fungsi  utama House Master / House Mistress adalah

untuk memastikan kebajikan pelajar dititikberatkan. Ia merangkumi tugas

menyelia prestasi akademik, disiplin, penginapan dan perkembangan pelajar

serta bertanggungjawab dalam proses pemilihan pelajar.

House Master / House Mistress bertanggungjawab  dalam memberikan

bimbingan kerohanian, disiplin dan melibatkan diri secara total bersama-sama pelajar

di dalam Kolej.

Kelayakan:

  • Mempunyai Ijazah / kelayakan Profesional (Diploma / Sijil Pendidikan)
  • Berumur antara 35 hingga 45 tahun
  • Sekurang-kurangnya mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar dan

        berkemahiran mengurus, terutama di sekolah berasrama penuh.

  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik secara lisan dan bertulis.
  • Mempunyai keyakinan dan keupayaan untuk menjana, mendorong dan

       melaksanakan tugas dengan penuh komited.

  • Matang dan mempunyai personaliti yang baik dan berdisiplin.
  • Mampu bekerja secara berpasukan dengan pengawasan yang minima
  • Bersedia bekerja secara fleksibal.
  • Bersedia untuk menginap di kampus.
  • Aktif dalam sukan dan kokurikulum merupakan satu kelebihan.

3. GURU

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik/ Matematik Tambahan

Kelayakan:

  • Ijazah Universiti
  • Diploma Pendidikan atau setaraf

Kami menawarkan ganjaran yang lumayan berdasarkan pada kebolehan,

pengalaman, kelulusan dan inisiatif diri.

Calon-calon yang berminat dipelawa memohon secara bertulis dengan menyertakan

maklumat yang lengkap meliputi butir peribadi, kelayakan akademik, pendapatan

sekarang, pendapatan yang dipohon, gambar ukuran passport yang terkini dan

nombor telefon untuk dihubungi kepada;

Pengetua, 

Kolej Yayasan Saad, Peti Surat 495,

75670 Melaka

No. Tel : 06-2263157

No. Fax: 06-2263399

Tarikh tutup permohonan :  10 November 2008

.


Warning: stristr() [function.stristr]: Empty delimiter in /home/kysmumy1/public_html/wp-content/plugins/wassup/wassup.php on line 2093